Friday, July 5, 2013

Dr. Morsi. Berakhirkah sebuah revolusi Islam?

dicakar oleh An-Nur Sofiyya at 9:00 AM
 Assalamualaikum. Salam pagi Jumaat yang barakah. Sudah baca surah al-Kahfi semua?? Jika sudah, Alhamdulillah..Jika belum, ayuh baca sekarang..jangan tangguh-tangguh nanti lupa :)

Seperti yang kita sedia maklum, semalam Presiden Morsi yang paling aku kagumi telah digulingkan. Allahuakhbar..Baru seketika rasanya aku ingin bahagia, melihat Gaza sudah ada yang membela, melihat Bashar dikecam habis-habisan oleh presiden berani ini. Tetapi sekarang, Mesir sudah kembali ke era lamanya. Apa salah Morsi pada anda sehingga anda merampas haknya sebagai presiden sedangkan dia dilantik oleh anda sendiri?

Adakah membuka pintu sempadan Rafah antara Mesir dan Gaza itu salah?

Adakah tindakannya menolak surat daripada Pm Israel itu salah?

Adakah pembelaannya terhadap Syria itu salah?

Apa sebenarnya yang anda mahu wahai saudaraku di Mesir? Dia sedang berusaha mengembalikan kegemilangan Islam di bumi Anbiya Mesir, dia berusaha membuang segala penyelewengan Mubarak, dia cuba membuang ke'Firaun'an yang bertapak di Mesir. Apa salah dia sehingga kamu menggulingkan dia dengan cara yang biadap sekali?

Tetapi aku tahu, Morsi perjuangannya untuk ALLAH. Jika tidak menjadi presiden pun dia masih boleh berjuang. Jika tidak menjadi presiden pun, 30 juzuk al-Quran masih utuh tersemat di hatinya. Jika tidak menjadi presiden pun, imannya tetap utuh. Sedikit pun aku tidak melihat sebarang kebahayaan dari wajah tenangnya itu. Beritahu aku, bahaya apa yang dia bawa sehingga anda menjatuhkannya??

Paling aku respect, Perdana Menteri Turki sekarang, Erdogan. Dia pernah berkata bahawa dia tidak akan berurusan dengan Mesir, kecuali jika presidennya Mohamed Morsi. Turki dan Mesir lebih kurang sama, terperangkap dengan revolusi Yahudi terlalu lama. Turki dengan Kamal Antartuknya, Mesir dengan Hosni Mubaraknya. Jadi aku pasti...Erdogan lebih mengetahui apa yang sedang dilalui Morsi, kerana untuk dia mengembalikan Islam di Turki juga bukan mudah. Banyak darah syuhada' yang megalir demi melihat Islam membangun di negara itu.

Tiba-tiba aku teringat pada Khalifah Uthman bin Affan dan juga Umar Abdul Aziz. Mereka dijatuhkan oleh Umat Islam sendiri. Juga Peperangan Jamal yang terjadi antara Kabilah Ali bin Abi Talib dan Kabilah Ummul Mukminin Aisyah. Semua angkara umat Islam sendiri dengan sedikit jentikan hasutan daripada golongan munafik. Jadi aku terfikir, benarkah penggulingan yang berlaku ini disebabkan oleh Yahudi? Atau kerana disebabkan pendeknya akal umat Islam yang terus membuat keputusan tanpa menyelidik terlebih dahulu? Atau kerana mereka sudah terbiasa dengan revolusi Yahudi? Wallahua'lam.

Teruslah berjuang. Jangan biarkan revolusi Islam yang mula hendak bertapak berakhir. Doa kami sentiasa bersama Morsi dan Ikhwanul Muslimin. Sesungguhnya Morsi tidak rugi..tetapi kitalah yang rugi. Kita kehilangan seorang presiden yang lantang memperjuangkan nasib Umat Islam.

Buat umat Islam di Malaysia, kukuhkan lah Islam di hati kita. Jadikan kalimah tauhid La Illahailallah sebagai pegangan kita. Media di Malaysia, hentikan menyebarkan berita yang mungkin boleh mengelirukan orang ramai. Morsi bukan seorang diktator. Bashar bukan pemimpin pilihan rakyat. Tolong hentikan fitnah ini...

Di sini, kita tak dapat pemimpin seperti Morsi dan Erdogan.....

0 12 Komentar:

 

My name is Nuur Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez