Saturday, July 27, 2013

Kerana ALLAH lebih tahu.....

dicakar oleh An-Nur Sofiyya at 9:22 PM




Akhtar, seorang pemuda yang sangat baik, alim dan disenangi oleh semua penduduk di sekitar kampungya malah semua anak gadis di kampung tersebut amat meminati kerendahan hatinya. Memandangkan umur Akhtar sudah menjangkau 27 tahun, pemuda itu merasakan yang dia sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga. Bagi Akhtar, paras rupa tidak terlalu penting..asalkan gadis tersebut menjaga agama, bijak dan menerima Akhtar seadanya.
Pencarian calon isteri bermula, Akhtar mengembara dari sebuah kampung ke kampung yang lain. Baginya, perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang mudah malah pemilihan calon isteri haruslah dititikberatkan kerana kita sedang memilih orang untuk hidup bersama selama-lamanya bukan untuk sehari dua. Sampai di sebuah surau yang terletak di sebuah perkampungan terpencil, Akhtar singgah untuk menunaikan solat Zuhur dan berehat sebelum meneruskan perjalanan. 

Sewaktu Akhtar sedang khusyuk membaca al-Quran,telinganya menangkap suara seorang gadis dan beberapa orang kanak-kanak. Rupa-rupanya gadis tersebut sedang mengajar agama pada kanak-kanak di kampung itu. Sekali pandang sahaja Akhtar sudah mula terpaut pada kesantunan akhlak gadis tersebut yang nyata seorang yang murah dengan senyuman dan menghormati orang. Gadis itu memiliki semua ciri yang diharapkan Akhtar. 

Lalu Akhtar menghantar rombongan merisik dan melamar gadis yang bernama Zahra itu. Pinangannya diterima, Akhtar berasa sangat gembira dan tidak putus-putus mengucapkan syukur. Akhtar berjanji akan berusaha menjadi suami yang soleh dan membimbing Zahra agar menjadi isteri yang solehah. Mereka pun mula membuat persiapan bagi majlis pernikahan.

Pada hari pernikahan itu, Akhtar benar-benar menyediakandiri bagi menerima akad sekali gus tanggungjawab besar sebagai suami. Ketika Akhtar sedang menenangkan diri dalam zikir, ibu Zahra datang menemuinya.

"Ada sesuatu yang mahu makcik beritahu kepada kamu. Makcik harap kamu akan menerimanya dengan tenang,"

"Apa dia Makcik?" tanya Akhtar, sopan Hatinya berdebat.

"Zahra mengubah fikirannya, dia tidak mahu meneruskan pernikahan ini," ibu itu berterus terang. Akhtar tersentak, kerana pada saat-saat akhir Zahra memutuskan untuk tidak bernikah dengannya.

"Mengapa? Apa yang berlaku? Saya ada buat salah ke pada Zahra?" soal Akhtar. Ibu itu terdiam seketika, mencari ayat yang paling sesuai supaya maruah anak gadisnya tidak tercalar dan hati Akhtar tidak terbakar.

"Sebelum itu, Akhtar mesti berjanji agar merahsiakan apa yang makcik sampaikan ini,"pintanya. Akhtar menganggukkan kepala.

"Zahra dulu pernah tenggelam dalam nikmat dunia yang menghancurkan, akhirnya kehormatannya sendiri runtuh. Sejak itu dia bersungguh-sungguh bertaubat. Tiada lagi yang diharapkannya selain keampunan ALLAH. Ketika dia menerima lamaranmu, dia berharap Akhtar akan dapat membimbing dia menuju cinta ALLAH. Tetapi kemudian dia bimbang Akhtar akan menceraikannya setelah mengetahui sejarah hitam hidupnya. Oleh kerana itulah dia memutuskan menolak lamaran Akhtar walaupun Zahra telah menerimanya sebelum ini,"

Ibu itu bercerita dengan airmata yang tak henti-henti mengalir. Berat sungguh ujian ini. Dia sendiri tidak pernah tahu mengenainya sehinggalah dia sungguh-sungguh mendesak Zahra menceritakan perkara yang sebenar apabila meminta membatalkan pernikahan itu. Hancur luluh hati hati seorang ibu mendengarnya. tetapi dia juga menjadi saksi taubat anak gadisnya itu. Sebagai ibu, dia mahukan yang terbaik untuk anaknya walau apa sekalipun rahsia hitamnya. Nalurinya yakin Akhtar dapat membimbing Zahra. Jika Akhtar menolak sekalipun, dia yakin rahsia itu akan terpelihara antara mereka.

Ibu Zahra masih menanti jawapan daripada Akhtar yang masih mendiamkan diri. Akhtar sememangnya terkejut mendengar cerita ibu gadis pilihannya itu. Dia tidak menyangka sama sekali, gadis itu pernah hanyut jauh. Tetapi hatinya berbisik,

"Jika bukan kerana peristiwa itu, mungkin Zahra tidak menjadi solehah seperti yang aku lihat sekarang" tidak lama selepas itu, Akhtar tersenyum.

"Makcik, saya tetap menerima dan akan menikahi Zahra. Dia telah bertaubat dan tiada yang lebih penting dari itu. Saya sendiri pernah tergoda dengan dunia sehingga bergelumang dengan dosa dan kemungkaran. Tetapi akhirnya saya bertaubat tetapi saya tidak tahu apakah ALLAH menerima taubat itu. Jadi, apa hak saya untuk menilai masa lalunya? Dengan izin ALLAH, kami akan sama-sama membimbing satu sama lain dan semoga taubat kami ini diterima ALLAH,"

Mata si ibu terpejam. Sebaran hatinya kini bertukar menjadi getaran kesyukuran. Airmata mula gugur, ibu itu terus melakukan sujud syukur. ALLAH telah memakbulkan doanya. Ibu itu segera menyampaikan kata-kata Akhtar kepada Zahra. Allahu akhbar!! Zahra juga terus melakukan sujud syukur. Apakah ini tandanya ALLAH telah menerima taubatnya?

Setelah akad mereka disahkan, barulah mereka berani berbalas renungan. Janji untuk saling mencintai dan saling menemani satu sama lain demi meraih kembali cinta ALLAH. Janji untuk saling mendoakan supaya taubat mereka diterima ALLAH.




Well....Prince charming aku dah salah masuk simpang, tha's why tak jumpa-jumpa lagi. haha. Dah salah masuk simpang, degil pulak uh xnak tanya orang jalan betul yang mana --'


0 12 Komentar:

 

My name is Nuur Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez