Tuesday, July 9, 2013

Teguran kasih sayang ALLAH pada Nabi Daud a.s

dicakar oleh An-Nur Sofiyya at 6:40 PM
 Assalamualaikum. Tetiba malam ni, mood story telling pulak. Ekceli tengah sedih dengan kejatuhan Morsi, so cari alternatif untuk hiburkan hati dengan baca buku. It's a nice book, tentang kisah cinta para nabi, sahabat dan ulama'. And..and..and, sangat tertarik dengan kisah Nabi Daud. Banyak kisah yang menarik, but satu-satu dulu la ye kita share.

Seperti yang kita sedia maklum, Nabi Daud a.s memiliki ramai isteri (Ada yang mengatakan 99 orang dan ada yang mengatakan 100 orang, Wallahua'lam) namun pada suatu hari, Nabi Daud a.s telah jatuh cinta lagi pada seorang gadis. Gadis tersebut merupakan tunang kepada salah seorang tentera Nabi Daud a.s yang bernama Uria. Sewaktu itu, Uria sedang bertugas di satu daerah di negeri itu. Nabi Daud a.s sangat-sangat mencintai gadis itu, walaupun beliau tahu gadis tersebut merupaakan tunangan pada tenteranya sendiri.

Pada suatu hari datang dua orang pemuda yang bertelagah ke istana Nabi Daud a.s.

"Apa masalah kamu berdua?" soal Nabi Daud a.s

"Wahai nabi ALLAH,  saudaraku ini memiliki banyak kambing sedangkan aku hanya mempunyai seekor kambing. Tetapi dia ingin memiliki kambingku yang seekor ini,"

"Benarkah begitu?" soal Nabi Daud pada pemuda yang kedua. Lelaki itu menggangguk.

"Tidak malu ke kamu? Kamu sudah memiliki banyak kambing, kenapa masih mahu memiliki kambing saudaramu yang seekor itu??" Kamu sudah melakukan kezaliman pada saudaramu" ujar Nabi Daud dengan nada yang marah.

Kedua-dua pemuda itu saling tersenyum, Nabi Daud kehairanan.

"Wahai Nabi ALLAH Daud, sesungguhnya engkau juga perlu malu. Kau sudah memiliki ramai isteri tetapi masih mahu memperisterikan tunang anggota tenteramu yang sedang berjuang di jalan ALLAH," kata kedua-dua pemuda itu

Barulah Nabi Daud sedar bahawa dua orang pemuda tersebut adalah malaikat yang telah dihantar oleh ALLAH untuk menegurnya. Nabi Daud terus sujud dan bertaubat memohon keampunan dari ALLAH atas keterlanjurannya. Setiap hari Nabi Daud bermunajat agar ALLAH mengampunkannya.

p/s: Kadang-adang ALLAH hendak menegur kita dengan cara yang tak disangka. Mungkin dengan status orang kat pesbuk, mungkin dengan melihat contoh orang lain yang situasinya sama macam kita. Indahnya bila ditegur ALLAH, daripada ALLAH biarkan je kita terus lalai dalam dunia :)


0 12 Komentar:

 

My name is Nuur Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez