Saturday, July 27, 2013

Kerana ALLAH lebih tahu.....

dicakar oleh An-Nur Sofiyya at 9:22 PM 0 12 Komentar




Akhtar, seorang pemuda yang sangat baik, alim dan disenangi oleh semua penduduk di sekitar kampungya malah semua anak gadis di kampung tersebut amat meminati kerendahan hatinya. Memandangkan umur Akhtar sudah menjangkau 27 tahun, pemuda itu merasakan yang dia sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga. Bagi Akhtar, paras rupa tidak terlalu penting..asalkan gadis tersebut menjaga agama, bijak dan menerima Akhtar seadanya.
Pencarian calon isteri bermula, Akhtar mengembara dari sebuah kampung ke kampung yang lain. Baginya, perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang mudah malah pemilihan calon isteri haruslah dititikberatkan kerana kita sedang memilih orang untuk hidup bersama selama-lamanya bukan untuk sehari dua. Sampai di sebuah surau yang terletak di sebuah perkampungan terpencil, Akhtar singgah untuk menunaikan solat Zuhur dan berehat sebelum meneruskan perjalanan. 

Sewaktu Akhtar sedang khusyuk membaca al-Quran,telinganya menangkap suara seorang gadis dan beberapa orang kanak-kanak. Rupa-rupanya gadis tersebut sedang mengajar agama pada kanak-kanak di kampung itu. Sekali pandang sahaja Akhtar sudah mula terpaut pada kesantunan akhlak gadis tersebut yang nyata seorang yang murah dengan senyuman dan menghormati orang. Gadis itu memiliki semua ciri yang diharapkan Akhtar. 

Lalu Akhtar menghantar rombongan merisik dan melamar gadis yang bernama Zahra itu. Pinangannya diterima, Akhtar berasa sangat gembira dan tidak putus-putus mengucapkan syukur. Akhtar berjanji akan berusaha menjadi suami yang soleh dan membimbing Zahra agar menjadi isteri yang solehah. Mereka pun mula membuat persiapan bagi majlis pernikahan.

Pada hari pernikahan itu, Akhtar benar-benar menyediakandiri bagi menerima akad sekali gus tanggungjawab besar sebagai suami. Ketika Akhtar sedang menenangkan diri dalam zikir, ibu Zahra datang menemuinya.

"Ada sesuatu yang mahu makcik beritahu kepada kamu. Makcik harap kamu akan menerimanya dengan tenang,"

"Apa dia Makcik?" tanya Akhtar, sopan Hatinya berdebat.

"Zahra mengubah fikirannya, dia tidak mahu meneruskan pernikahan ini," ibu itu berterus terang. Akhtar tersentak, kerana pada saat-saat akhir Zahra memutuskan untuk tidak bernikah dengannya.

"Mengapa? Apa yang berlaku? Saya ada buat salah ke pada Zahra?" soal Akhtar. Ibu itu terdiam seketika, mencari ayat yang paling sesuai supaya maruah anak gadisnya tidak tercalar dan hati Akhtar tidak terbakar.

"Sebelum itu, Akhtar mesti berjanji agar merahsiakan apa yang makcik sampaikan ini,"pintanya. Akhtar menganggukkan kepala.

"Zahra dulu pernah tenggelam dalam nikmat dunia yang menghancurkan, akhirnya kehormatannya sendiri runtuh. Sejak itu dia bersungguh-sungguh bertaubat. Tiada lagi yang diharapkannya selain keampunan ALLAH. Ketika dia menerima lamaranmu, dia berharap Akhtar akan dapat membimbing dia menuju cinta ALLAH. Tetapi kemudian dia bimbang Akhtar akan menceraikannya setelah mengetahui sejarah hitam hidupnya. Oleh kerana itulah dia memutuskan menolak lamaran Akhtar walaupun Zahra telah menerimanya sebelum ini,"

Ibu itu bercerita dengan airmata yang tak henti-henti mengalir. Berat sungguh ujian ini. Dia sendiri tidak pernah tahu mengenainya sehinggalah dia sungguh-sungguh mendesak Zahra menceritakan perkara yang sebenar apabila meminta membatalkan pernikahan itu. Hancur luluh hati hati seorang ibu mendengarnya. tetapi dia juga menjadi saksi taubat anak gadisnya itu. Sebagai ibu, dia mahukan yang terbaik untuk anaknya walau apa sekalipun rahsia hitamnya. Nalurinya yakin Akhtar dapat membimbing Zahra. Jika Akhtar menolak sekalipun, dia yakin rahsia itu akan terpelihara antara mereka.

Ibu Zahra masih menanti jawapan daripada Akhtar yang masih mendiamkan diri. Akhtar sememangnya terkejut mendengar cerita ibu gadis pilihannya itu. Dia tidak menyangka sama sekali, gadis itu pernah hanyut jauh. Tetapi hatinya berbisik,

"Jika bukan kerana peristiwa itu, mungkin Zahra tidak menjadi solehah seperti yang aku lihat sekarang" tidak lama selepas itu, Akhtar tersenyum.

"Makcik, saya tetap menerima dan akan menikahi Zahra. Dia telah bertaubat dan tiada yang lebih penting dari itu. Saya sendiri pernah tergoda dengan dunia sehingga bergelumang dengan dosa dan kemungkaran. Tetapi akhirnya saya bertaubat tetapi saya tidak tahu apakah ALLAH menerima taubat itu. Jadi, apa hak saya untuk menilai masa lalunya? Dengan izin ALLAH, kami akan sama-sama membimbing satu sama lain dan semoga taubat kami ini diterima ALLAH,"

Mata si ibu terpejam. Sebaran hatinya kini bertukar menjadi getaran kesyukuran. Airmata mula gugur, ibu itu terus melakukan sujud syukur. ALLAH telah memakbulkan doanya. Ibu itu segera menyampaikan kata-kata Akhtar kepada Zahra. Allahu akhbar!! Zahra juga terus melakukan sujud syukur. Apakah ini tandanya ALLAH telah menerima taubatnya?

Setelah akad mereka disahkan, barulah mereka berani berbalas renungan. Janji untuk saling mencintai dan saling menemani satu sama lain demi meraih kembali cinta ALLAH. Janji untuk saling mendoakan supaya taubat mereka diterima ALLAH.




Well....Prince charming aku dah salah masuk simpang, tha's why tak jumpa-jumpa lagi. haha. Dah salah masuk simpang, degil pulak uh xnak tanya orang jalan betul yang mana --'


Tuesday, July 9, 2013

Teguran kasih sayang ALLAH pada Nabi Daud a.s

dicakar oleh An-Nur Sofiyya at 6:40 PM 0 12 Komentar
 Assalamualaikum. Tetiba malam ni, mood story telling pulak. Ekceli tengah sedih dengan kejatuhan Morsi, so cari alternatif untuk hiburkan hati dengan baca buku. It's a nice book, tentang kisah cinta para nabi, sahabat dan ulama'. And..and..and, sangat tertarik dengan kisah Nabi Daud. Banyak kisah yang menarik, but satu-satu dulu la ye kita share.

Seperti yang kita sedia maklum, Nabi Daud a.s memiliki ramai isteri (Ada yang mengatakan 99 orang dan ada yang mengatakan 100 orang, Wallahua'lam) namun pada suatu hari, Nabi Daud a.s telah jatuh cinta lagi pada seorang gadis. Gadis tersebut merupakan tunang kepada salah seorang tentera Nabi Daud a.s yang bernama Uria. Sewaktu itu, Uria sedang bertugas di satu daerah di negeri itu. Nabi Daud a.s sangat-sangat mencintai gadis itu, walaupun beliau tahu gadis tersebut merupaakan tunangan pada tenteranya sendiri.

Pada suatu hari datang dua orang pemuda yang bertelagah ke istana Nabi Daud a.s.

"Apa masalah kamu berdua?" soal Nabi Daud a.s

"Wahai nabi ALLAH,  saudaraku ini memiliki banyak kambing sedangkan aku hanya mempunyai seekor kambing. Tetapi dia ingin memiliki kambingku yang seekor ini,"

"Benarkah begitu?" soal Nabi Daud pada pemuda yang kedua. Lelaki itu menggangguk.

"Tidak malu ke kamu? Kamu sudah memiliki banyak kambing, kenapa masih mahu memiliki kambing saudaramu yang seekor itu??" Kamu sudah melakukan kezaliman pada saudaramu" ujar Nabi Daud dengan nada yang marah.

Kedua-dua pemuda itu saling tersenyum, Nabi Daud kehairanan.

"Wahai Nabi ALLAH Daud, sesungguhnya engkau juga perlu malu. Kau sudah memiliki ramai isteri tetapi masih mahu memperisterikan tunang anggota tenteramu yang sedang berjuang di jalan ALLAH," kata kedua-dua pemuda itu

Barulah Nabi Daud sedar bahawa dua orang pemuda tersebut adalah malaikat yang telah dihantar oleh ALLAH untuk menegurnya. Nabi Daud terus sujud dan bertaubat memohon keampunan dari ALLAH atas keterlanjurannya. Setiap hari Nabi Daud bermunajat agar ALLAH mengampunkannya.

p/s: Kadang-adang ALLAH hendak menegur kita dengan cara yang tak disangka. Mungkin dengan status orang kat pesbuk, mungkin dengan melihat contoh orang lain yang situasinya sama macam kita. Indahnya bila ditegur ALLAH, daripada ALLAH biarkan je kita terus lalai dalam dunia :)


Friday, July 5, 2013

Dr. Morsi. Berakhirkah sebuah revolusi Islam?

dicakar oleh An-Nur Sofiyya at 9:00 AM 0 12 Komentar
 Assalamualaikum. Salam pagi Jumaat yang barakah. Sudah baca surah al-Kahfi semua?? Jika sudah, Alhamdulillah..Jika belum, ayuh baca sekarang..jangan tangguh-tangguh nanti lupa :)

Seperti yang kita sedia maklum, semalam Presiden Morsi yang paling aku kagumi telah digulingkan. Allahuakhbar..Baru seketika rasanya aku ingin bahagia, melihat Gaza sudah ada yang membela, melihat Bashar dikecam habis-habisan oleh presiden berani ini. Tetapi sekarang, Mesir sudah kembali ke era lamanya. Apa salah Morsi pada anda sehingga anda merampas haknya sebagai presiden sedangkan dia dilantik oleh anda sendiri?

Adakah membuka pintu sempadan Rafah antara Mesir dan Gaza itu salah?

Adakah tindakannya menolak surat daripada Pm Israel itu salah?

Adakah pembelaannya terhadap Syria itu salah?

Apa sebenarnya yang anda mahu wahai saudaraku di Mesir? Dia sedang berusaha mengembalikan kegemilangan Islam di bumi Anbiya Mesir, dia berusaha membuang segala penyelewengan Mubarak, dia cuba membuang ke'Firaun'an yang bertapak di Mesir. Apa salah dia sehingga kamu menggulingkan dia dengan cara yang biadap sekali?

Tetapi aku tahu, Morsi perjuangannya untuk ALLAH. Jika tidak menjadi presiden pun dia masih boleh berjuang. Jika tidak menjadi presiden pun, 30 juzuk al-Quran masih utuh tersemat di hatinya. Jika tidak menjadi presiden pun, imannya tetap utuh. Sedikit pun aku tidak melihat sebarang kebahayaan dari wajah tenangnya itu. Beritahu aku, bahaya apa yang dia bawa sehingga anda menjatuhkannya??

Paling aku respect, Perdana Menteri Turki sekarang, Erdogan. Dia pernah berkata bahawa dia tidak akan berurusan dengan Mesir, kecuali jika presidennya Mohamed Morsi. Turki dan Mesir lebih kurang sama, terperangkap dengan revolusi Yahudi terlalu lama. Turki dengan Kamal Antartuknya, Mesir dengan Hosni Mubaraknya. Jadi aku pasti...Erdogan lebih mengetahui apa yang sedang dilalui Morsi, kerana untuk dia mengembalikan Islam di Turki juga bukan mudah. Banyak darah syuhada' yang megalir demi melihat Islam membangun di negara itu.

Tiba-tiba aku teringat pada Khalifah Uthman bin Affan dan juga Umar Abdul Aziz. Mereka dijatuhkan oleh Umat Islam sendiri. Juga Peperangan Jamal yang terjadi antara Kabilah Ali bin Abi Talib dan Kabilah Ummul Mukminin Aisyah. Semua angkara umat Islam sendiri dengan sedikit jentikan hasutan daripada golongan munafik. Jadi aku terfikir, benarkah penggulingan yang berlaku ini disebabkan oleh Yahudi? Atau kerana disebabkan pendeknya akal umat Islam yang terus membuat keputusan tanpa menyelidik terlebih dahulu? Atau kerana mereka sudah terbiasa dengan revolusi Yahudi? Wallahua'lam.

Teruslah berjuang. Jangan biarkan revolusi Islam yang mula hendak bertapak berakhir. Doa kami sentiasa bersama Morsi dan Ikhwanul Muslimin. Sesungguhnya Morsi tidak rugi..tetapi kitalah yang rugi. Kita kehilangan seorang presiden yang lantang memperjuangkan nasib Umat Islam.

Buat umat Islam di Malaysia, kukuhkan lah Islam di hati kita. Jadikan kalimah tauhid La Illahailallah sebagai pegangan kita. Media di Malaysia, hentikan menyebarkan berita yang mungkin boleh mengelirukan orang ramai. Morsi bukan seorang diktator. Bashar bukan pemimpin pilihan rakyat. Tolong hentikan fitnah ini...

Di sini, kita tak dapat pemimpin seperti Morsi dan Erdogan.....

Tuesday, July 2, 2013

Tegur sebab SAYANG ! ( Part One )

dicakar oleh An-Nur Sofiyya at 11:58 PM 0 12 Komentar
Mr. Kebun cangok di ruang tamu, punat remote control ditekan berulang-ulang kali. Amenda ni takde satu pun citer best,ngomel lelaki itu. Hari ni kawan baik dia Mr. Kambing xde kat rumah, sibuk pi uruskan kambing dekat ladang. Tinggal la dia sensorang tengok tv kat umah, ekceli bukan dia dengan Mr. Kambing je yang dok kat umah tu..ada lagi 3 orang tapi semua perangai hampeh, pemalas, pengotor..Haisy! Sabau je lah. Budak bertiga tu nak bajet hensem + hot je, pakai nak smart2 tapi asal keluar je pinjam duit Mr. Kebun tak pun Mr. Kambing. Keje malas..lagi sekali, sabau je lah. Well, Mr. Kebun and Mr. Kambing tu nama panggilan utk dua kawan baik tu sebab sorang jadi tukang kebun, sorang lagi ternak kambing. Diowang tak kisah pun kena bahan ke kene ejek ke..keje halal kowt, lantaklah. Janji ALLAH redha.

Tiba-tiba tanpa Assalamualaikum, si Frankie (bukan nama sebenar) menerpa masuk ke rumah. Meloncat sekejap Mr. Kebun, nasib tak bersilat kalau tak...arwah ko Frankie. Lelaki poyo itu berlalu masuk ke dalam bilik dengan wajah berseri-seri tanpa menghiraukan Mr. Kebun. Bau minyak wangi dia menyengat. Baru lepas rompak kedai perfume ke apa budak ni? Mr. Kebun sambung menonton sinetron balik dengan hati terpaksa.

“Mr. Kebun, ada duit tak? Nak pinjam sikit,” tanya Frankie sewaktu makan malam. Mr. Kebun dan Mr. Kambing saling berpandangan.

“Kau nak guna buat ape?”

“Hehe..aku nak ajak awek aku tengok wayang hujung minggu ni,” mata kedua-dua lelaki itu terbeliak.

Woi? Bila masa hang ada awek?”

“Baru je kapel minggu lepas, saja xnak bagitau korang,”

“Bila nak kawen?” soal Mr. Kambing

“Isy, baru kapel seminggu dh nak fikir pasal kawen? Gila ke?” balas Frankie

“Abih tu hangpa nak kapel bape tahun baru boleh pikiaq pasai kawen?”

“Aku tak terfikir nak kawen lagi la korang ni,”

“Dah tu ko kapel ngn dia sebab apa?” soal Mr. Kebun. Frankie angin je tengok dua orang lelaki tu yang dari tadi asyik dok tanya macam-macam.

“Nak bagi pinjam ke xnak ni?” soal Frankie.

“Taknak,” jawab dua lelaki tu serentak.

“Sejak bila korang dah pandai kedekut ea ngan aku? Hisy!”

“Kitorang tak nak jadi penggalak kepada maksiat hangpa. Toksahlah pi sana sini ngan pompuan tu kalo hangpa xdak niat nk kawen ngan dia,” ujar Mr. Kambing.

“Blah la korang. Bajet good-good je. Malas aku nak layan,”



BERSAMBUNG......

Saturday, May 4, 2013

Random pictures

dicakar oleh An-Nur Sofiyya at 4:31 PM 0 12 Komentar
Assalamualaikum.. jangan lupa selitkan lafaz ALHAMDULILLAH di setiap helaan nafas kita. Terima kasih ALLAH, kerana masih menghidupkan hamba pada hari ini. Okay..hari ini, satu hari suntuk aku berjalan dengan ummi. Pegi pasar, pegi family setor, mydin..haha, kat Jasin dah ada Mydin ! Sesat sesat aku dengan ummi pi carik, sib baik jumpa :))



Niat sebenar nak pi caghik teh PickWick ni. Tapi takdelah pulok, perlukah aku mengugut pemilik hotel tersebut untuk memberitahu aku di mana dia membeli teh perisa vanilla yang heaven ini :3



Random sketches. Dah lama tak melukis, time bosan bosan aku pi la dok cakau drawing paper..haha,comey kan



Pokcik keta aku dah daftar!!! haha..siaplah pokcik, bertahanlah dengan perangai daku yang blur tahap tak boleh bawak berbincang. Adehhh..kenapa mesti amek lesen, aku tak suka bawak keta :'(



Let me introduce you, my new product..haha,  x memasal aku jadi tokey kicap -..-



Aku bukan seorang yang sweet tooth. Aku benci makanan manis malah gigi aku sensitip kalau makan manis..Tapi disebabkan itu hari aku pitam kerana kekurangan gula dalam badan. Dokter nasihat aku supaya banyak makan benda manis. Ohmai~


Alhamdulillah..seronok sangat dapat kuwa dengan ummi. Itew sayang ummi sangat sangat.

Thursday, May 2, 2013

DIY :Croquete Kentang Berinti Keju

dicakar oleh An-Nur Sofiyya at 1:48 PM 0 12 Komentar

Assalamualaikum semuaa…Alhamdulillah, ALLAH masih memberi peluang pada kita untuk bernafas pada hari ni. Dah ucap terima kasih pada ALLAH ke belum?? Kalau belum, ucaplah Alhamdulillah sekarang :))

Okay, hari ini aku ingin berkongsi satu resipi dengan korang. Perghh! Nuur masak la, infinity!

Hakikatnya aku seorang gadis, dan aku memang suka memasak daripada memandu. Aku tak suka memandu kerana sebelum dapat lesen pun aku dah tahu aku seorang Bad Driver, yang korang akan sentiasa sambut aku dengan hon, segala kata cacian yang telah engkau berikan membuatku rasa kosong,kosong..eh? Bayangkanlah bawak basikal yang basic tu pun aku failed, inikan bawak kereta. Okay, jauh melalut..Ekceli resipi ni memang takde kena mengena langsung dengan pakcik yang akan ajar aku drive minggu ni. Pakcik, saya mohon pakcik bawaklah segala ubat pakcik sebelum kita belajar nanti :3

Bila aku masuk dapur, memang like a boss macam dapur tu aku yang punya padahal rumah ini kepunyaan ummi ku termasuklah dapurnya sekali. Kalau kat dapur, aku memang sangat poyo berlagak ala-ala master chef, bila masak tak boleh kalau orang tengok. Normal la, korang pun mesti rasa awkward kan bila korang buat something orang beria tenung. Saje nak cari salah lettew. Eheh.

Siapa kat sini yang tak berapa suka sangat makan kentang? Good, kita sama. Aku tak tahu kenapalah aku tak suka makan kentang padahal keturunan aku dengan keturunan kentang tu takde pun bermusuh baik-baik aje. Maybe sebab aku jenis cepat muak, kentang kan muak kalau makan banyak-banyak. Satu hari tu, kawan aku tegur sebab aku tak makan potato salad..dia kata kentang bagus untuk badan dan disebabkan aku tak makan kentanglah badan aku kering seperti tengkorak. Adehh T.T

Pagi tadi aku nampak banyak kentang kat dapur. Rasa macam sakit hati pulak tengok kentang banyak-banyak tu..haha, tapi disebabkan aku tak suka campur kentang dalam sup,gulai dan sebagainya, aku mencari alternatif lain..maka terhasil la resipi Croquete Kentang inti Keju Suka Hatiku *panjang plak name resipi*

Okay mari lihat bahan-bahan dan metodologinya..Perkakas,apparatus xde ea,kite bukan nak buat eksperimen kat sini :p


Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah :

Kentang
Garam
Lada sulah
Cheese *aku guna Chesdale jerr*
Bread crumbs
Teloq
Tepung


Step 1: Rebus kentang bersama lada sulah dan garang sehingga empuk. Sukatan ikut suka hati la ye. Sebab tu nama resipi ni Croquete Kentang Suka Hati. Lenyek-lenyek kan kentang yang empuk tadi sekuat hati, bayangkan kentang itu adalah muka orang yang korang tak suka. Yeahh!! Lenyek!! sampai jadi macam gambar pertama

Step 2: Gentel gentel kan kentang menjadi bulat seperti di atas. Oh, jangan lupa masukkan keju di tengah-tengah okay. Selepas gentel, salutkan kentang dengan tepung. aku suka pedas, so aku gune tepung Kentucky.

Step 3: Selepas itu, celup dalam telur yang telah dipukul oleh gangster

Step 4: Salutkan dengan Bread Crumbs


Taraaa!! Beginilah hasilnya..tapi belum boleh mkn lagi ye anak-anak


Panaskan kuali dengan suhu Infinity..deep-fry kan bebola kentang hingga kekuningan



Dan....inilah hasilnya. Memang sedap!! Rangup diluar, lembut di dalam, melting di tengah.
Oh untuk side dish, korang boleh goreng lebihan telur yang korang gune untuk salut bebola tadi then gaulkan dengan sedikit mayonis..Sedap la kowt,hee~

Korang boleh buat banyak-banyak then simpan dalam freezer, bila rasa nak makan je amek terus goreng. Tak payah susah susah buat banyak-banyak kali..hehe. Selamat Mencuba :D

Thoughtless Thursday

dicakar oleh An-Nur Sofiyya at 9:40 AM 0 12 Komentar
Assalamualaikum Semuaaa...meet my best friends :D

Friday, April 26, 2013

Nutella dan Biskut : Sebuah Keinsafan

dicakar oleh An-Nur Sofiyya at 10:01 AM 0 12 Komentar
Bismillahirahmanirahim.....




Ada satu hari tu aku lapar sangat.

Sangat.

Lapar tahap sampai aku tak boleh nak berjalan, badan menggigil, sejuk sampai ke kaki *Okay ini tipu* just lapar la sampai rasa nak nangis. Nak turun beli makanan, duit tiada. Untuk bulan ni duit belanja aku habis untuk laporan akhir je. Takpe demi pelajaran. Oleh kerana desakan perut yang tak tahu erti sabar dan kesukaran yang dihadapi oleh pemiliknya. Aku gagahkan diri pergi tengok kat rak, makanan apa je yang ada.

Hanya ada biskut dan Nutella.

Aku mula bukak Nutella kemudian sapukan pada biskut kering. Terasa daifnya. Semasa aku baru nak feeling feeling camna seorang budak survive untuk hidup hanya dengan makan biskut kering tetiba aku perasan sesuatu pada Nutella itu.

RM 8.90

Ya. Aku masih tidak daif! Memang Nampak menyedihkan makan Nutella dengan biskut kering tapi Nutella barang branded, kiranya aku masih ditahap berada la jugak. Bila aku belek-belek Nutella itu baru aku sedar,aku makan biskut cecah Nutella untuk hidup…sekurang-kurangnya aku masih ada makanan. Jika nak dibandingkan dengan orang-orang di luar sana, makan pun sampai selongkar tong sampah.

Pejam mata. Astaghfirullah.

Baru tadi aku seakan tidak bersyukur dengan apa yang aku ada. Daif?? Di luar sana ramai yang lagi daif, ada yang sudah berbulan tidak menyentuh makanan. Cuba bayangkan kalau hanya biskut dan Nutella ini diberikan kepada mereka sudah tentu senyumnya sampai ke telinga, syukurnya sampai berjela, sujudnya lama. Tanda bersyukur dengan rezeki yang diterima.

Kawan aku yang baru usai menjoyah di rumah sebelah kehairanan melihat aku merenung bekas Nutella seakan-akan mata aku akan mengeluarkan laser *jangan hiperbola sangat*

“Kau kenapa?”

“Hari ni Nutella ni Berjaya sedarkan aku”



Ya ALLAH, Alhamdulillah beribu kesyukuran aku panjatkan kepada-Mu atas rezeki yang KAU berikan padaku…dan segunung keampunan ku mohon kepada-Mu atas rezeki yang telah aku bazirkan. Aku sedar kini.

Dan pada hari itu, aku tertidur sambil memeluk Nutella.





Amer suoh aku gantung Key-chain kat kereta, tapi aku mana ada kereta.
So aku gantung pada al-Quran..setiap masa aku akan ingat ko :D




 

My name is Nuur Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez