Friday, April 26, 2013

Nutella dan Biskut : Sebuah Keinsafan

dicakar oleh An-Nur Sofiyya at 10:01 AM 0 12 Komentar
Bismillahirahmanirahim.....




Ada satu hari tu aku lapar sangat.

Sangat.

Lapar tahap sampai aku tak boleh nak berjalan, badan menggigil, sejuk sampai ke kaki *Okay ini tipu* just lapar la sampai rasa nak nangis. Nak turun beli makanan, duit tiada. Untuk bulan ni duit belanja aku habis untuk laporan akhir je. Takpe demi pelajaran. Oleh kerana desakan perut yang tak tahu erti sabar dan kesukaran yang dihadapi oleh pemiliknya. Aku gagahkan diri pergi tengok kat rak, makanan apa je yang ada.

Hanya ada biskut dan Nutella.

Aku mula bukak Nutella kemudian sapukan pada biskut kering. Terasa daifnya. Semasa aku baru nak feeling feeling camna seorang budak survive untuk hidup hanya dengan makan biskut kering tetiba aku perasan sesuatu pada Nutella itu.

RM 8.90

Ya. Aku masih tidak daif! Memang Nampak menyedihkan makan Nutella dengan biskut kering tapi Nutella barang branded, kiranya aku masih ditahap berada la jugak. Bila aku belek-belek Nutella itu baru aku sedar,aku makan biskut cecah Nutella untuk hidup…sekurang-kurangnya aku masih ada makanan. Jika nak dibandingkan dengan orang-orang di luar sana, makan pun sampai selongkar tong sampah.

Pejam mata. Astaghfirullah.

Baru tadi aku seakan tidak bersyukur dengan apa yang aku ada. Daif?? Di luar sana ramai yang lagi daif, ada yang sudah berbulan tidak menyentuh makanan. Cuba bayangkan kalau hanya biskut dan Nutella ini diberikan kepada mereka sudah tentu senyumnya sampai ke telinga, syukurnya sampai berjela, sujudnya lama. Tanda bersyukur dengan rezeki yang diterima.

Kawan aku yang baru usai menjoyah di rumah sebelah kehairanan melihat aku merenung bekas Nutella seakan-akan mata aku akan mengeluarkan laser *jangan hiperbola sangat*

“Kau kenapa?”

“Hari ni Nutella ni Berjaya sedarkan aku”



Ya ALLAH, Alhamdulillah beribu kesyukuran aku panjatkan kepada-Mu atas rezeki yang KAU berikan padaku…dan segunung keampunan ku mohon kepada-Mu atas rezeki yang telah aku bazirkan. Aku sedar kini.

Dan pada hari itu, aku tertidur sambil memeluk Nutella.





Amer suoh aku gantung Key-chain kat kereta, tapi aku mana ada kereta.
So aku gantung pada al-Quran..setiap masa aku akan ingat ko :D




 

My name is Nuur Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez